Monday 9 May 2011

Elak Guna Penapis Air Di Rumah?

Entry by Umi

Cmn nih? yang mana satu nak ikut nih? tapi air kat umah Umi nih memang tak putih, kadang2 sampai kaler coklat2 tau.. takkan nak masak yang tuh untuk minum? yang tapis tuh pun 2-3 hari sekali kena basuh.. kalau tak memang kotor laa.. tau2 ja la.. umah kampung, dekat bendang and tali air semua.. how how?

Tapi ikut masing-masing la kot.. mana yang yakin. setakat nih alhamdulillah family dan anak2 minum air dari penapis air nih ok ja semua.. minta di jauhkan dari penyakit . amin.


Elak guna penapis air
Oleh Shuhada Mansor

KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.

“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.

Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.

“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting, Syabas yakin dengan kualiti air yang dibekalkan kepada 7.3 juta pengguna yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minimum Kebangsaan.

“Pengetahuan mengenai kualiti air ini akan diteruskan dalam Kempen Kesedaran Pengguna yang dianjurkan Syabas setiap bulan ditujukan kepada semua pengguna termasuk domestik dan komersial di samping bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan air yang diminum sentiasa bersih,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Kualiti Air dan Aset Syabas, Muhamad Darif Idris dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan Uniten, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.

2 comments:

Me said...

common situation.. hahahahhaa... biasalah air.. sebab tuh disarankan mandi air panas sebab boleh mengurangkan bacteria.. tapi islam menyarankan mandi air sejuk.. kan kan kan.. eh betulkah.. so secara kesimpulan.. air panas disejukakn di baldi terlebih dahulu.. tutup sehingga sejuk..

oh btw, aku baru belajar tadi.. jangan letak talkum di 'kemaluan' baby.. kerana in a long term it will bring to servix cancer.. huhuhu. ni yang kami belajarlah.. s

Little Drama Queen said...

tq for the info bebeh...
dak sia2 bkl doktor...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...