Wednesday 11 September 2013

SekolahDiRumah : Color ikut suka.. sambil mengenal warna..

Hye Semua.. kita jumpa lagi.. 

Hari nih Kakak dan Qisya beraktiviti kaler2.. kalau saja nak mengotorkan baju dan tangan memang ini la caranya.. hikhikhik... kali nih semua aktiviti bebas je.. kaler ikut suka hati. :)

Biasanya umi gunakan waktu nih untuk memperkenalkan warna kepada kami terutama Qisya.. dan untuk Kakak umi ajar cara nak mix color nih.. apa dia color asa,s sekunder dan tertier.. Kakak dah tau samapi kaler sekunder jer.. kaler tertier  tak pas lagi.. tak pa... nanti try mix lagi..tapi Qisya dia mix semua kaler.. dah jadi color hitam tauuuu...

antara dialoq :

K :Qisya  niiii..... Umi tgk la, Qisya campur kaler..
K : Qisyaaaaaaaa... jangan laaa...

(gambar yang bercerita ok )







Dah abis color.. sila kemas ye Umi.. timekasih... sayannggggggggg Umi.. 


Kakak
by Umi

Sunday 8 September 2013

Qisya start potty dan wean off dari Umi

Hai semua.. kali nih Kakak pulak nak tulis2 ok.. asyik Ummi jer..

Kakak nak citer pasal Qisya yang tgh potty training.. gigih sungguh Umi kan? eheehe.. bak kata Umi nak save budget.. budget beli diapers boleh beli benda lain kan? owh tidak.. skang nih budget beli diapers nak kena beli susu kat Qisya pulak..

Qisya dah start potty taining 4 hari lepas. hari khamis (5/9/13) ..Qisya tak minum susu botol so dia senang sket nak ajar..kencing pun tak banyak.. tapi Umi bagi air masak banyak la.. tapi tetap kencing tak banyak..lagipun sebelum officially potty ni dia memang da jarang kencing kat diapers dia tuh.. Umi selalu jer bawa dia pegi toilet dengan Kakak.. :) training before training la katakan. tak la nanti ada yang jadi raksaksa kan.. ehehe...Umi ajar Qisya macam Umi ajar Kakak dulu..>> Qaireen Potty .. cuma dari awal lagi Umi strict kan tak pakai diapers sampailah waktu tidur..

Umi kata banyak beza potty Kakak dan Qisya.. kalau dulu Kakak selalu terkucil bersepah2 pada minggu pertama potty .. TAPI Qisya selalu berak tak ikut time.. kalau nak kencing dia pandai jer bagitau.. kalau time nak berak jer tak reti.. pulak tuh. berak sampai 2 - 3 kali sehari... mana nak agak kan..pulak tuh qiasya tak suka pakai suar kecik tuh..kalau berak mesti la berterabur kan..  kesian Umi dan Untie Lona.. kenapa Untie Lona? ahaha.. sebab Untie Lona ada kat umah Kakak minggu pertama potty Qisya nih.. dia pun jadi tukang bersih la juga.. kerjasama la katakan..

baru 4 hari jer kan? tak dapat la nak tgk Qisya lagi bagus dari Kakak atau tak.. tapi yang penting cukup 2 tahun harus la kami tak pakai daipers dah... :) yey..

Hari nih pulak umi start wean-off kan Qisya. lepas 2 tahun 2 bulan 12 hari Qisya menyusu dengan Umi, Umi kata nih la masa yang terbaik untuk berhenti.. sebab bila susu dah tak ada, badan akan jadi lenguh kalau Qisya tetap hisap susu Umi tue...

Kakak dulu tak dak cara2 nak wean off. Umi bagi je susu botol sekali dua.. lepas tuh Kakak tanak dah susu Umi. :) Hebat tak kakak? :)  mestiiiii laaaaaa....Qisya pulak tanak botol.. dia kata tak sedap.. dia nak susu Umi juga.. tapi Umi tuh memang tanak stop lagi.. nampak sgt.. dah letih sgt baru nak stop. kan Umi kan? :p

Umi kata Qisya tak suka benda masam, jadi Umi letak asam jawa kat puting.. betul la.. Qisya tanak menyusu langsung.. dia kata "MASIN' ... ahaha.. padan muka Qisya.. ahaha.. tapi baru sehari la juga.. kot2 lepas nih dia tak kisah masam ke masin Umi pikir la sendiri yaa.. eheheh.. yang penting doa banyak2.. semoga dipermudahkan.. Umi kata kalau Allah tak tolong bagi mudah hal potty dan wean-off Kakak dan Qisya nih.. sampai bila2 pun mungkin tak lepas la part.. apa yang penting adalah DOA... ameen..

Tuh jer la.. nanti kita sambung lagi.. Umi kata lagi, nanti dia cerita pasal Qisya kena campak tuh.. skang adalah so bz!. bz buat apa tu Umi? :p

Ok tata titi tutu...

muah
XOXO
Kakak
by Umi

Monday 2 September 2013

Rotavirus (Demam Perut/ Stomach Flu)

Assalam.. semua sehat tak? alhamdulillah..

 Kita sebagai hambaNya tak lekang dari ujian.. sihat pun satu ujian juga. sejauhmana kita sentiasa kita bersyukur atas segala nikmatnya. apatah lagi jika kita di timpa kesusahan. kita mestilah sentiasa beringat bahawa semuanya bergantung kepada Dia. Mintalah denganNya. Nescaya pasti di kabulkan. Ameen.

Rentetan cerita Kakak masuk wad sebab demam dan muntah (ceritanya di sini ), Kakak telah keluar wad selepas 6 hari, akan tetapi sehari selepas itu episode muntah2 kembali lagi.. demam tidak terlalu tinggi 38.1 dan masih boleh di kntrol, agak lega sedikit. cuma muntah jer yang berlanjutan. kami cuba rawat sendiri masalah muntah2 Kakak.. tak bagi minum susu, minum air sikit2, makan bubur sikit2, semua sikit jer. tapi tiap kali makanan masuk tiap kali juga la dia muntah.. bukan muntah jer, Kakak mengadu sakit perut yang teramat sangat.sampai menangis2 pukul2 Umi okeh.. agak cemas di situ. tapi kuat kan hati juga.. sebab baru jer masuk hospital 6 hari.. takkan nak cek in lagi.. adoi la.. tapi kami ke klinik juga untuk dapatkan nasihat doktor.. DOktor kata angin. ok fione... kita bagi obat angin dan obat tahan muntah.. tapi kakak kata perut dia sakit lagi.. sepanjang22 hari kata perut sakit. dia diam time tidur jer.. kesian.. dah suh pegi berak dah.. dia kata berak abis. ehehe..i paksa juga.. u ols tau la budak2 nih.. bukan pandai nak teran bagi kuar berak .. hihih

ok.. seharian  dia kata sakit.. nih apa pun tak makan lagi tau.. susu minum sikit muntah. nasi makan sesudu muntah, apa je semua muntah. so bagi jer nestum sesudu then stop then ssuap lagi.. boleh la tahan.. selesailah hari pertama.. malam dia tidur keletihan sebab banyak sgt muntah.. so i is happy la sebab ingat dia dah okeh.. sekali uolss.. bangun2 pagi ok lagi,, bagi la biskut sekeping.. tuppp.... dia kata sakit perut.. tapi masih manja2 macam tuh.. so Umi ingat dia angin.. bagi ubat angin lagi.. tapi sampai ke petang dia ngadu sakit dan sampai satu tahap rasa nak marah pulak. .dia nih betul ke tak.. sebabnya,  ko dah kenapa nak? sakit perut sgt sampai pukul mak nih.. gituh la.. sakit woi.. dah ngalahkan orang beranak pulak.. tapi I is sabar... ehehehe.. cuma disituh lah feeling kuat seorang Ibu kata, there is something wrong. kalau dia angin pun takkan sampai macam nih.. so, kol abah then terus bawak dia pegi hospital (abah amin cuti, tapi kuar buat kerja sket).. jumpa Pead dia kata food poison.. so sumbat ubat bagi berak dan ubat muntah dan silalah balik.. gitu.. (nangis dalam hati dan balik dengan kecewa)...

tapi sampai ke malam langsung takde perubahan,,sakit perut, rasa nak muntah, jerit kesakitan.(time nih Abah yang jaga Umi tak larat langsung) .Mak Umi kata kalau sakit perut picit2 sket belakang kaki, yang dekat dengan ankle tuh.. ape nama tah? baru kurang sikit.. so cara tuh la Umi guna sebagai psikologi untuk hilangkan sakit Kakak.. tak tau nak buat apa dah.. then dia tidur.. tapi dah nampak pucat lesu jer sebab tak makan 2 hari.. lembik jer.. tapi sampai tgh malam dia muntah lagi sekali, terus kol Pead bagitau yang Qaireen tak de perubahan after 2 times makan ubat and still tak makan apa.. so dia suh admit untuk masuk air.. 2nd day takde air hampir2 dehydrate la..

Doktor still kate angin sebab bila dia tekan perut Kakak tak rasa sakit.. so Doc pun konfius.. tapi dia suh juga amik sample stool.. yeah.. masa tuh la kita tahu rupanya Kakak kena Rotavirus.. wah.. ingatkan baby jer kena.. rupanya dah besar pun leh kena.. dan orang besar pun leh kena rotavirus nih. cuma mungkin kita masih boleh lawan sebab kalau kita muntah kita masih boleh paksa diri minum sikit.. kalau nak manja2 juga tanak minum macam budak2.. tampar laju2 muka sendiri la ye.. biar sedar sikit.. ehehe..

#Out Of Topic
Penah tgk citer Grey Anatomy, yang si Grey ni sakit perut muntah2 , sampai kena masuk air sendiri, dia kata stomach flu. yang nih la kot kan? ehehe..

Sedikit info pasal Rotavirus..

Rotavirus adalah virus yg paling mudah menular atau berjangkit. Rotavirus kekal aktif pada kulit manusia  selama 4 jam. Virus ini dpt bertahan pada permukaan yg keras (contohnya meja, lantai, dll) selama 10 hari. Hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus dlm peringkat usia menjangkau 5 tahun. Jangkitan berulang boleh berlaku, tetapi kurang teruknya pada kali kedua atau ketiga.

Hendaklah diketahui bagi bayi yg diberi susu ibu, kurang dijangkiti. Anak-anak yg diletakkan 

di tempat jagaan sepenuh masa juga terdedah kepada jangkitan. Jika anak anda dijangkiti, 
lakukan yg terbaik utk menjauhkannya dari kanak-kanak yg lain

so kalau lepas nih muntah2 lagi ada kemungkinan rotavirus, tapi statement tuh kata kurang teruk so lega lagi sekali.. :)

Sekali lagi, disebabkan rotavirus nih adalah virus jadi antibiotik tidak diperlukan.

Cara rawatan ( Sumber dari blog. tapi tak tau blog address sebab husband yang cari. Mohon copy yer tuan punya info. kalau terbaca sila bagitau. nanti sy kreditkan. Maaf . TQ)

Untuk merawat Rotavirus Tahap 1, elakkan memberi anak sebarang makanan ataupun cecair kerana pada masa ini perut anak adalah lembut dan apa sahaja makanan yang di makan akan dibuang keluar. Biarkan episod muntah2 berlalu. Dapatkan nasihat doktor jika muntah2 berlanjutan selama 12 kepada kanak 1-3 tahun. Rotavirus adalah merbahaya kepada kanak-kanak yang masi kecil.

Anak akan berasa letih dan lemah jika dijangkiti rotavirus. Biarkan mereka berehat dan yang paling penting sentiasa mengamalkan kebersihatn. Basuh segera pakaian atau tuala yang terkena muntah atau najis untuk mengurangkan virus dari merebak.

Susu Ibu adalah yang terbaik jika anak masih menyusu. Untuk kanak2 lain, mungkin ada boleh cadangkan Pedialyte iaitu sejenis minumam electrolyte yang boleh didapati di farmasi. Masalah yang mungkin di hadapi ialah rasanya yang kurang digemari.

Cecair yang tidak harus diberikan untuk merawat rotavirus ialah jus epal, ceri dan pear. 

Bila muntah telah berkurangan ke 2-4 kali sehari , anda boleh memberikan makan kepada anak anda. Kita sekarang berada di Tahap 3 merawat rotavirus.

Fokus kita adalah unutk meberikan tenaga kepada anak. Jangan terlalu ghairah untuk memberi anak makan dengan banyak kerana ini akan memberi kejutan kepada perut anak anda. Berikan makanan dengn kuantiti yang sedikit seperti roti bakar kosong ataupun biskut. 

Jika anak muntah lagi kembali kepada tahap 2. Jangan panik :)

Anak akan kelihatan sembuh selepas 3-4 hari, tetapi episod muntah-2 mungkin akan kembali.  Jangkitan ini akan berlarutan selama 6-10 hari. 

Kenalpasti dimana tahap anak anda sedang berada dan rawatlah sepatutnya. 

Kakak dah 6 hari jangkitan, hari nih dah makan banyak. Alhamdulillah. Mungkin semakin musnah virus itu... ehehe.. Kita doakan yang terbaik..

Cerita pasal kakak je? Owh tidak.. kalau kakak kena rotavirus.. Qisya pulak kena campak halus (measles) ..*senyum*.. ingat senang jadi mak? ...  nanti sambung entry lain ye..

Salam.. :)

Umi Q n Q..


.


Sunday 25 August 2013

Tonsil & Demam

Assalam..

Bersiaran lagi, Umi selalu janji jer kan.. i is sori ok.. anak I masuk hospital 6 hari.. raya kesepuluh .. terpaksa admit juga sebab dah muntah2 sampai lembik.. mula2 Kakak demam jer.. boleh la kontrol kat rumah.. tapi bila muntah,, Umi dah kalut.. ayoyo.. nak buat apa? jadinya kita hantar ke pakar la..

kena tahan 6 hari sebab tukar antibiotik.. antibiotik pertama menjadikan badan dia gatal sgt2 sampai tak leh tidur.. u ols bayangkan ye.. menggaru2 sampai berdarah2 badan dia.. luka berdarah dan dia menggaru sambil nangis jerit2.. Kakak memang kulit sensitif sikit tapi kalau takat gatal2 manja , dia ok jer bila letak calamine losyen atau VCO. tapi nih semua tak jalan.. sampai nurse kena lap dengan dengan air suam panas2n and bagi ubat tahan gatal.. i is tak suka la bila ubat tak berkenaan masuk dalam badan dia.. tapi yang nih Umi tak kisah dah..kesian menggelupur kegatalan.. dasyat sampai Umi kena guna ayat menggelupur. huh.. !

tapi doktor kata bukan sebab antibiotik tapi Umi tak kisah, suh tukar juga.. jadi dia tukar ubat yang masuk dalam darah terus.. apakah namanya.. masukkan guna tgn tuh. ! nanti i google ok.. iv line ka apa? ahaha.. i tak tau.. (malas google)..

jadinya 6 hari la kita di hospital untuk melengkapkan antibiotik kedua.. sekian.. owh.. Umi duk hospital bukan dengan Kakak jer tau.. si Adik pun ikut sekali. pakej.. sebab Abah diorang tak leh cuti dah.. sudah banyak kali cuti time Adik sakit.. owh ya..sehari sebelum Kakak sakit.. Qisya dah demam 3 hari.. Umi jaga kat rumah jer.. sambil makan ubat sambil buat naturral ramedies.. alhamddulillah berkesan.. garlic sock, makan VCO dan lemon sock..

Sebelum nih Umi tak tau apa beza tonsil bengkak sebab bakteria atau virus.. tapi penerangan ini menjelaskan segala-galanya.. SEGALA-GALANYA..

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus

 ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Demam yang disebabkan oleh bakteria perlu pengambilan antibiotik untuk mengurangkan radang.. tetapi jika ia disebabkan virus, antibiotik adalah tidak berguna, walaupun ada jer doktor bagi antibiotik untuk demam sebab virus.. kan kan kan? tapi kena top up balik bakteria baik dalam usus dengan makanan yang mengandungi bakteria baik.. contoh : yogurt, tempe..(betulkan i jika salah) .. ini adalah kerana antibiotik tidak mengenali samada itu bakteria baik atau jahat, jadi semua dia bunuh,, KILL KILL DIE DIE gituh..
so sebelum bawa anak pegi klinik , anda boleh cek tekak dia dulu..samada sebab virus atau bakteria ok.. jangan masukkan ubat yang tak perlu dalam badan anak anda.. ehehe..

Selama nih memang tekak Kakak biasa bengkak sebab bakteria sebab ada spot putih2 kat tekak tuh.. adik pun macam tuh juga.. so antibiotik is the best treatment.. cuma ada satu perkara yang Umi tak leh nak discover lagi.. tiap2 kali demam, diorang berdua nih akan mengalami menggigil kesejukan, kuku jadi biru, muka jadi pucat..pasti ada sebab kan.. kita kena belajar lagi..back to basic.. mencari puncanya..

itu saja untuk kali ini.. kita sambung lagi ok.. :) semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjadi insan yang baik.. Ameen.

Umi Q n q

Saturday 27 July 2013

10 malam terakhir - LAilatul Qadar

Assalamualaikum

ye, kita menghampiri 10 malam terakhir.. marilah kita rebut peluang ini..semoga di ampunkan dosa.

Solat Sunat Lailatul Qadar

Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.

Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya..

Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.

1.      Niatnya:

2.      Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
1.  Al-Takatsur    1  kali
2.  Al-Ikhlas       3  kali.


3.      Selepas memberi salam baca doa;

Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

rutin ramadan.

assalamualaikum..

mcm mana puasa?istiqamah ye..teruskn..umi tgh brcuti..cuti puasa je..Allah bagi cuti..ehehe.tp rutin ramadan diteruskn,malah bertambah byk.tp takpe..istiqamah.
l
panjang bebenor mukaddimah kamu ye..sebenarnya nk cerita pasal rutin di bulaan ramadan je..

ok..umi bangn sahur pukul 430am..siap panaskan lauk dan makan kul 5am da abis..tapi sambung lagi makan sampai imsak..makan kuih2..i memang time sahur selera lain macam sket...ahaha.lepas sahur terus solat.pastuh kemas rumah mana yang patut.so by the time anak bangun leh layan diorang je...

tghari kena masak untuk anak.masak simple je.nasi ikan goreng,nasi ayam goreng atau nasi dgn nugget..sjahah pemalas wey..yang peting nasi...prinsip i anak kenyang hati gumbira.

kul 4 mcm tuh masak utk berbuka.umi gilir2 dgn mertua.bukan la gilir ..dia mcm sapa teringin makan apa2 dia la yang masak..yg mana keadaan ini sgt bgs..lg pun umi kalau masak anak pun nak masak sekali..letih wooo...

semtara tgu berbuka. umi bagi anak makan dulu..pastuh main kat depan umah,pastuh mandi dan baca iqra utk si kakak..cun2 siap semua da sampai waktu buka..tak terasa pun.eheh.

malam plak umi x pegi terawikh sbb ada budak kecik ni..solat kat rumah je..

macam tu la rutin ramadan..baca alquran
umi selitkan tiap2 waktu solat...kalau  tak sempat umi kumpul aekali baca pas isyak.tgk keadaan anak2..kadang mengamuk atau nak perhatian lebihkena tgk diorang dulu..

gitu la lebih kurang..tahun2 sama ja kot..mungkin amalan ja yang mesti diperbaiki..

selamat puasa..da sampai seouluh malam terakhir.meh kita sama2 rebut.

assalam.

Saturday 20 July 2013

tanya sama hati..

assalamualaikim..
setiap kali ramadan kita mesti nak perbaiki diri dengam lebih istiqamahkan..so ramadan kali ni apa yang kita nak buat?

tahun ni umi nak perbaiki solat..mudahan, ramadan jd titik permulaan supaya x tgl solat dan mulakam solat sunatt...

sentiasa menjaga perckpan..jgn jadikan puasa kita sia sia sebb mulut longkang kita ni...

sentiasa lebih sabar...terutama dlm mendidik anak.

sentiasa redha dan bersyukur dgn nikmat.baik ke buruk tetap nikmat dari Allah.kan?

entah kenapa seawal tibanya ramadan umi dah rasa sebak..dah smp tgh rasa berat hati sgt..xlama lg penghujung ramadan..mesti lagi sedih...

Selamat berpuasa..istiqamah..

umi.

Friday 19 July 2013

selamat berpuasa

assalamualaikum. .
selamat berpuasa..
tingkatkan iman dan taqwa.moga mendapat keredhaan dariNya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...