Monday 2 May 2011

Budak nakal !

Selamat Bercuti Hari Pekerja... :)

Semalam Qaireen ikut Abah pegi fotoshoot pengantin kat Jeti Pulau Aman.. Bila sebut ja jeti konfem la ada laut dan air2 segala kan.. macam nak terjun.. tapi di kawal ketat oleh Umi, Abah dan Cik Una.. memang best bila tgk air nih.. owh di tambah plak Qaireen tgk ada orang main air.. Qaireen nak jugakkk..tapi meronta2 pun takkan lepas punyaaa...strictly No.. owh dengan angin kencang memang heaven lah.. harus lah fotoshoot Qaireen dulu dengan rambut diterbangkan angin..

feeling ala-ala model u... :)

bergayut dengan umi sambil menghayati heaven angin laut...

rambut yang tak berapa nak ada di terbangkan angin..

kalau dengan Abah mesti la kena dukung..sambil peace x jadi..

Inilah pengantin baru yang fotoshoot tuh.. memang nampak enjoy ja diorang nih..and very sporting.. :) Semoga berbahagia dan cepat2 dapat anak..

Dan ceritanya tidak sampai di sini sahaja.. nak di jadikan cerita, tgh Abah memfotoshoot penganten ini, tangan Qaireen ter'twist' .. sakittt...Umi pegang kuat sangat (sebab takut lari dan terterjun dalam laut) Qaireen plak cuba untuk melepaskan diri.. dan jadi la tangan Qaireen terseliuh..

Tapi terpaksa tunggu Abah abis fotoshoot dulu, baru pi klinik.. dan Umi pulak terlupa kemaren adalah Hari Pekerja dan klinik tutup.. tapi tak pa.. sebab Qaireen ada satu lagi doktor.. Doktor Tok Su.. Doktor Tok Su nih la yang urut kaki Qaireen masa terseliuh .. Semalam lepas maghrib pegi kat umah dia urut..best gak dia urut.. Qaireen tak nangis pun. tapi sebelum urut kat Tok Su, Umi dah try buh minyak.. tapi ya ampun.. nangis yang amat kuat ...

Sudahnya tangan Qaireen sebelah kanan tak leh gerak.. sampai la hari nih.. (Kes trauma nak gerak la nih.. huhu) .. tgk la aksi tangan yang sakit..



menulis dengan tangan kiri...

Tapi skang walaupun tangan tak leh gerak tapi ada satu lg tangan kan? hihi.. masih bley berlari2 dan membuat aktiviti seperti biasa...

Umi : "Anak oh Anak, walau sakit macam mana pun aktiviti tetap berjalan"

ok daaaa..

Qaireen
by Umi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...