Saturday 27 July 2013

10 malam terakhir - LAilatul Qadar

Assalamualaikum

ye, kita menghampiri 10 malam terakhir.. marilah kita rebut peluang ini..semoga di ampunkan dosa.

Solat Sunat Lailatul Qadar

Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.

Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya..

Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.

1.      Niatnya:

2.      Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
1.  Al-Takatsur    1  kali
2.  Al-Ikhlas       3  kali.


3.      Selepas memberi salam baca doa;

Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

rutin ramadan.

assalamualaikum..

mcm mana puasa?istiqamah ye..teruskn..umi tgh brcuti..cuti puasa je..Allah bagi cuti..ehehe.tp rutin ramadan diteruskn,malah bertambah byk.tp takpe..istiqamah.
l
panjang bebenor mukaddimah kamu ye..sebenarnya nk cerita pasal rutin di bulaan ramadan je..

ok..umi bangn sahur pukul 430am..siap panaskan lauk dan makan kul 5am da abis..tapi sambung lagi makan sampai imsak..makan kuih2..i memang time sahur selera lain macam sket...ahaha.lepas sahur terus solat.pastuh kemas rumah mana yang patut.so by the time anak bangun leh layan diorang je...

tghari kena masak untuk anak.masak simple je.nasi ikan goreng,nasi ayam goreng atau nasi dgn nugget..sjahah pemalas wey..yang peting nasi...prinsip i anak kenyang hati gumbira.

kul 4 mcm tuh masak utk berbuka.umi gilir2 dgn mertua.bukan la gilir ..dia mcm sapa teringin makan apa2 dia la yang masak..yg mana keadaan ini sgt bgs..lg pun umi kalau masak anak pun nak masak sekali..letih wooo...

semtara tgu berbuka. umi bagi anak makan dulu..pastuh main kat depan umah,pastuh mandi dan baca iqra utk si kakak..cun2 siap semua da sampai waktu buka..tak terasa pun.eheh.

malam plak umi x pegi terawikh sbb ada budak kecik ni..solat kat rumah je..

macam tu la rutin ramadan..baca alquran
umi selitkan tiap2 waktu solat...kalau  tak sempat umi kumpul aekali baca pas isyak.tgk keadaan anak2..kadang mengamuk atau nak perhatian lebihkena tgk diorang dulu..

gitu la lebih kurang..tahun2 sama ja kot..mungkin amalan ja yang mesti diperbaiki..

selamat puasa..da sampai seouluh malam terakhir.meh kita sama2 rebut.

assalam.

Saturday 20 July 2013

tanya sama hati..

assalamualaikim..
setiap kali ramadan kita mesti nak perbaiki diri dengam lebih istiqamahkan..so ramadan kali ni apa yang kita nak buat?

tahun ni umi nak perbaiki solat..mudahan, ramadan jd titik permulaan supaya x tgl solat dan mulakam solat sunatt...

sentiasa menjaga perckpan..jgn jadikan puasa kita sia sia sebb mulut longkang kita ni...

sentiasa lebih sabar...terutama dlm mendidik anak.

sentiasa redha dan bersyukur dgn nikmat.baik ke buruk tetap nikmat dari Allah.kan?

entah kenapa seawal tibanya ramadan umi dah rasa sebak..dah smp tgh rasa berat hati sgt..xlama lg penghujung ramadan..mesti lagi sedih...

Selamat berpuasa..istiqamah..

umi.

Friday 19 July 2013

selamat berpuasa

assalamualaikum. .
selamat berpuasa..
tingkatkan iman dan taqwa.moga mendapat keredhaan dariNya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...