Friday 27 May 2011

padan muka

padan muka sapa?

muka umi la..

lambat sngat buat update..tetiba ja internet tak leh xs..
tuh yang langsung takda update..

tapi tak pa.. nanti umi cover semua cerita ya..

owh.. hari nih Auntie Shana nikah..
Kami tak dapat pergi sebab Umi dah sarat bawak adik..
tak bley jalan jauh2..
Kami doakan semoga semua berjalan lancar ...

Selamat Pengantin Baru...

Qaireen
by Umi

Monday 16 May 2011

Tiada Update

bukan la tiada update langsung..

ada..

tapi nanti ya..

sebab

mood ke laotttttttt...

si kecik dalam perut nih plak tak abis2 meng kick..

harus la senak pewut..

yang si kakak nih teramat la manjanya skang nih..

semua Umi.. ayoyo.. boley fengsan I tau..

nanti I update ok u ols..


Thursday 12 May 2011

Nur Kasih The Movie

Mesti ramai yang tunggu ceta nih kan? hihih.. Umi pun tunggu tapi dah konfem tak pegi tgk kat pawagam la.. tunggu cd jaa... or lagi advanced kalau masuk astro first.. harus la minta encik Abah langgan..bley tgk ulang2.. lepas tu baru la beli cd plak yeah..

Baca review macam best.. trailer pun macam ok..

19 Mei kuar kat pawagam.. korang pegi la serang yeah.. pastuh buat review nanti Umi baca..ehehe...


Wednesday 11 May 2011

Tuesday 10 May 2011

Pengajaran Buat Umi - Part 1

Entry oleh Umi... cerita lama tapi..

Hati ibu mana yang tak luluh, remuk dan di penuhi rasa bersalah bila melihat anak tersayang tiba2 diserang demam ... demam dan seterusnya sawan tarik...Sifat bertangguh kami menyebabkan peristiwa ini terjadi..

15/9/2010

Qaireen dah demam dari malam sebelum tuh.. dah bagi ubat dan tidur seperti biasa.Menjelang pagi dah rancang bawak pegi klinik.. tapi pergi pasar beli barang dapur terlebih dahulu (bertangguh kan??).. balik dari pasar mandikan Qaireen dan bagi ubat demam, lepas tuh dia sambung tidur.. Nak bawak pegi klinik tapi nak tunggu dia bangun (bertangguh lagi).. tapi dah rasa badan dia panas sgt.. dalam hati kata "bangun nih baru bawak pi klinik ...", ( how stupid i am? so stupid rite)

Qaireen bangun dalam kul 12 lebih. kebetulan pulak Along dan Kak Ida baru sampai, Qaireen pun main mcm biasa dengan Aina..tapi still merengek2.. pns kot.. then Abah bwk dia duk luar sambil sembang dengan Along.. masa nih Umi mandi (tak mandi dari pagi sebab masak).. then dalam kul 1 lebih macam tuh Abah kelam kabut masuk kata Qaireen tarik.. mulanya Umi tak paham.. tapi bila tgk keadaan Qaireen .. Ya Allah.. macam nak pengsan.. tapi Umi kuatkan diri. amik Qaireen bawak ke sinki dan basuh kepala (Jangan buat macam nih!!!) ..masa nih semua zikir kuar dari mulut tapi tunggang terbalik..kaki macam tak jejak lantai.. perasaan hancur."Lindungi anakku Ya Allah" . Doa itu ja yang diucap dalam hati berulang2.. Then Abah terus bawa hospital.. Umi dengan baju yang buruk, berkain batik dan hanya bertudung inner neck bawa Qaireen nak keta. Along drive. Terus ke Bagan Specialist Hospital. Masa nih Qaireen dah agak sedar dan dah bley panggil Umi. Dan sekali lagi kesilapan yang dibuat, Umi bagi Qaireen minum air dalam keadaan yang dia kurang sedar. Sangat2lah berbahaya . Smp kat emergency room doktor bagi ubat masuk kat bontot dan check oksigen dalam badan, check tangan dan kaki.. respons ok. Nurse sejukkan badan Qairen dengan air.. Qaireen dah sedar sepenuhnya..dah nangis2.. tapi mata mengantuk.. doktor kata memang dia akan rasa letih dan tak larat lepas fit.. Umi cuma mampu pegang tangan Qaireen sambil pujuk. "Umi ada sini dengan Qaireen ya". Bila doktor dah puas hati dengan penurunan suhu badan Qaireen, Qaireen di hantar ke wad. Qaireen tidur. Umi peluk Qaireen. Umi nangis. Umi menyesal. Tapi Umi bersyukur Qaireen dah sedar.


Qaireen tidur keletihan, tak pakai baju sebab basah.
Tangan kena cucuk nak masuk air.. kesian Qaireen..

Sedih Umi tgk keadaan Qaireen.


Petang : Dah bangun, Abah bawak baju Qaireen dan baju untuk Umi juga..
(baju Umi basah, dah la ekon sejuk..grrrgrgr)


Budak yang tak reti duduk diam time sihat..so time sakit pun sama, ada ja benda dia nak buat.. dia nak lari-lari jalan2.. tapi tangan dok sangkut dengan air yang bergantung tuh..
silap hari bulan tercabut air tuh..huhu..

Abah bawak semua gadget kesayangan dia untuk anak kesayangan sorang nih.. Laptop and PS2.. laptop sekali dengan cd2 Qaireen yang banyak sgt2..

Tak cukup tuh, rasuah lagi dengan air vitagen, keropok and segala makanan yang boleh dia makan la.. asalkan dia tak turun dari katil..

Stay kat hospital 2 malam.. tapi lega sket sebab pemantauan setiap 4 jam.. badan Qaireen pun tak panas dah..macam biasa malam sebelum tdr tgk cd dulu kat laptop yang dibekalkan oleh Abah.. Abah tak stay kat hospital.. tapi Abah datang jaga dan main2 dengan Qaireen smp kul 12 lebih.. kesian Abah, duk umah pun tak senang hati... Tgk cd smp kul 2 lebih okeh.. nurse kat situ siap bley sembang dengan Umi lagi tanya napa Qaireen tak tidur.. Umi cuma jawap dia da biasa macam tuh sambil senyum2..

ok sambung kat part II plak ya..


Monday 9 May 2011

Elak Guna Penapis Air Di Rumah?

Entry by Umi

Cmn nih? yang mana satu nak ikut nih? tapi air kat umah Umi nih memang tak putih, kadang2 sampai kaler coklat2 tau.. takkan nak masak yang tuh untuk minum? yang tapis tuh pun 2-3 hari sekali kena basuh.. kalau tak memang kotor laa.. tau2 ja la.. umah kampung, dekat bendang and tali air semua.. how how?

Tapi ikut masing-masing la kot.. mana yang yakin. setakat nih alhamdulillah family dan anak2 minum air dari penapis air nih ok ja semua.. minta di jauhkan dari penyakit . amin.


Elak guna penapis air
Oleh Shuhada Mansor

KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.

“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.

Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.

“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting, Syabas yakin dengan kualiti air yang dibekalkan kepada 7.3 juta pengguna yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minimum Kebangsaan.

“Pengetahuan mengenai kualiti air ini akan diteruskan dalam Kempen Kesedaran Pengguna yang dianjurkan Syabas setiap bulan ditujukan kepada semua pengguna termasuk domestik dan komersial di samping bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan air yang diminum sentiasa bersih,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Kualiti Air dan Aset Syabas, Muhamad Darif Idris dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan Uniten, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari ibu, Umi

Walaupun Qaireen tak leh wish mother day kat Umi, tapi Qaireen tau Umi dah wish diri sendiri bagi pihak Qaireen .. :)

Umi,
Walaupun Umi selalu marah dan cubit Qaireen
(sebab salah Qaireen juga tak dengar cakap)
tapi Umi adalah Umi terbaik untuk Qaireen dan adik2 yang lain
(wah..adik2..ngeee)

Umi,
Walaupun Qaireen selalu buat Umi marah yang teramat sangat sampai rasa nak nangis,
tapi Umi tetap akan ikut kemahuan Qaireen
(lepas tue laa...)

Umi,
Umi jaga Qaireen dari pagi sampai pagi..
Hari2 Umi fikir nak bagi Qaireen makan apa sebab Qaireen susah nak makan..
Hari2 Umi teman Qaireen tgk cd yang sama berulang2 kali...
Hari2 sebelum tidur petang Umi akan nyanyikan lagu Barney-i love u untuk Qaireen...
Hari2 kita mandi sama2.. sebab Qaireen nak main kat dalam bilik air..
(kalau Umi tunggu Qaireen, konfem kerja lain tak siap la..)
Hari2 Umi suh Qaireen pilih baju sendiri sebab Qaireen tak mau pakai baju yang Umi pilih..
(tak cantik okeh!)
Hari2 Umi tepuk2 Qaireen sebelum tidur..
Hari2 Qaireen merengek bagai nak rak dan macam orang kena dera tapi the end of the day Umi peluk cium Qaireen dan ucap kata maaf ..
Hari2 Umi tahan nak marah Qaireen, tapi kalau dah buat benda2 berbahaya Umi memang tak leh tahan dah. (Umi takut Qaireen jatuh, sakit, nangis dan berdarah kan?)
Hari2 Umi kata Umi sayang Qaireen..
Hari2 Umi suh Qaireen behave..
Hari2 Umi kata maksud nama Qaireen tuh adalah kebaikan.. jadi Qaireen mesti jadi anak yang baik..

Umi,
Qaireen sayang sangat kat Umi..
Umi jangan la suka marah ya..? :p
Umi jangan suka cubit Qaireen ya..sian Qaireen tau..
Qaireen janji Qaireen jadi anak yang baik dan kakak yang baik untuk semua..
okeh..

Umi,
Qaireen doakan Umi panjang umur dan sentiasa dalam lindungan-Nya
Semoga selamat melahirkn adik nanti.. :)

Selamat Hari Ibu , Umi..


Qaireen
by Umi


Saturday 7 May 2011

Abah pergi bergumbira

Abah pegi Hat Yai..
3 hari 2 malam (gerak pagi jumaat..awal pagi okeh)
Rombongan bersuka ria ofis Abah..
Tinggal la Qaireen dengan Umi, Cik Na dan Tok..
owh.. dengan adik..
Makin letih la Umi melayan Qaireen 3 hari nih..
Qaireen behave ja kan Umi?
ehehe..


(owh ini pic lama, bukan pagi tadi tapi lebih kurang ja gayanya.. tetap Abah)

ok. tuh ja update hari ini..
Umi keletihan..

Selamat Berhujung Minggu

Daaaaaaa

Tuesday 3 May 2011

Progress Potty Training Qaireen

Entry by Umi

Dah hampir 3 bulan Qaireen potty training (ingat2 lupa plak tarikh sebenar).. teringat minggu pertama start potty nih.. 5-6 kali kencing bersepah..minggu ke-2 dan kurang sket.. 2-3 kali ja.. minggu ketiga sekali ja sehari.. dan lepas tuh kadang2 ja Qaireen terlepas.. but until now still kena remind myself untuk bawak dia pegi toilet.. kalau tak kena buat keja la jawapnya.. sapa yang susah?

actually, potty nih antara benda yang paling leceh nak buat..betul la kata ibu2 yang lain, kalau tak cukup sabar dan tak yakin dan tak konsisten agak lama la sikit..mula2 Umi pun tak yakin.. takut penat.. ya la kan.. dah la pregnant nak plak kena bersih kan kencing semua.. nak kena angkat anak pegi toilet.. mencabar.. tapi Umi fikir kalau bukan sekarang bila lagi.. cadangnya before adik keluar Qaireen dah boleh diaperless. . tapi macam skang nih pun dah ok la..hopefully tercapai la.. kalau tak still sambung potty until graduate.. :)

Qaireen tak pakai diaper waktu siang sampai la kul 8 malam.. after mandi malam pakaikan dia diapers la sebab penat gak kalau whole day.. even tidur siang pun tak pakai diaper..so averagenya sehari hanya 2 diapers.. Tapi kalau nak jalan pegi mana2 kena pakai la, then sampai umah terus bawak pi toilet dan buka diapers. Untuk permulaan ok la kot.. tak nak push diri sangat, let it be la kan? and Umi pun tak nak push Qaireen sangat.. so kekadang tanya gak malam nak pakai diaper ka tak? dia kata nak pakai then bagi pakai.. kalau dia tanak, tak payah la.. tapi siang yes.. have to be strict la..nampak juga ada kekonfiusan sket.. sebab kadang pakai kadang tak.. tapi setakat yang mampu boleh la.. dan Umi rasa nih pun dak cukup banyak perubahan...

So start bulan Mei nih, nak start diaperless malam plak la.. so sambung sampai lah sebelum tidur.. bertambah la penat tapi kena konsisten kan? Harap2 semuanya ok..dan di harap pada waktu malam En. Abah dapat la membantu sama. nak save duit juga kan?

Bab nak berak plak, dia memang bagitau nak berak..tapi Qaireen sebut "NAK CING" (read as: nak kencing) even dia pakai diaper.. ada gak la 2-3 kali terlepas sket kat seluar lepas tuh dia bagitau and terus bawak pi toilet, walaupun masa tuh Umi tgh sembahyang (tak pa ka buat macam nih?) Tapi biasanya after 1 1/2 years, time nak berak memang sama.. so kena tgk banyak mana dia makan dan minum susu.. lepas tuh memang dia akan berak..kalau sehari tak berak biasanya keesokan harinya dia akan berak awal sikit dari time biasa.. see? eheheh.. kena tgk semua tuh tau...

Lepas tuh plak, ada beza tau kalau cuaca panas dengan cuaca sejuk.. biasanya kalau cuaca panas and suam2 kuku ja, anak2 nih tak lah kencing sgt sebab badan perlukan air.. berbeza dengan time sejuk.. bagi sikit air pun diorang kira nak kencing ja...kan dah bersepah.. (yang nih baru ja perasaan 3 hari lepas sebab ujan 2 hari .. sejuk ja.. kena jadi cleaner 4-5 juga... sebab salah sendiri juga lupa nak ajak dia pegi toilet, ingat kan sama jer.. ahahha.. padan la muka Umi..)

At first memang Qaireen tak nak pegi toilet setiap sejam.. huhuh.. jenuh gak paksa pujuk..kadang2 kena angkat dia..(masa kandungan tak besar gi boleh la angkat, skang tak larat la) so, Umi buat pendekatan mengumpan.. amik la apa2 barang untuk di basuh kat toilet, suh dia basuh.. sambil tuh suh la dia kencing.. menjadi you all..ehehe.. tapi still kena ada 2-3 cara lain..kadang2 plak dia conteng tangan dengan pen, Umi suh basuh kat toilet, pastuh suh kencing sekali.. atau pun ajak pi mandi.. biasa la kan tghari and petang2 badan dah panas dah.. so ajak la pegi mandi sejukkan badan.. setakat nih menjadi cara2 tuh.. so tak perlu paksa angkat.. ehehe.. sendiri kena fikir la juga kan.. yang tau perangai anak sendiri Umi dia juga..

So, to all yang nak potty training anak, good luck.. banyak bersabar dan try to make it fun (fun la sgt ye?).. tapi yang paling penting adakah anda telah bersedia? ahaha.. owh ya, jangan lupa cari informasi dulu sebelum mem'potty' nih.. nanti keliru diri sendiri jugaa.. :)

Confession : Mula2 potty Umi bagi kurang minum air, sebab malas nak buat kerja banyak2.. tapi tak bagi air pun still kena buat kerja juga. So Umi fikir tak kisah lah dia nak terkucil ka apa ka.. susah apa basuh jer la.. then research sket kat internet, salah satu cara adalah bagi air banyak2.. lagi banyak latihan lagi bagus.. betul gak kan? ehehe.. so lepas tuh..Umi kira nak bagi air ja la..sampai dia sendiri tak larat nak minum.. average pun 5-6 kali sehari ja terkucil.. small matter ja.. ahahah.. so skang nih minum banyak air, still bley kontrol pundi kencing dia.. so ok la tuh..

ok all the best.. (walaupun anak sendiri tak graduate lagi.. ) and jangan lupa doakan Umi jugaa...tak sabar rasanya tunggu Qaireen graduate potty nih..

Harap2 cepat la graduate.. :)

~Umi Qaireen~


Monday 2 May 2011

Budak nakal !

Selamat Bercuti Hari Pekerja... :)

Semalam Qaireen ikut Abah pegi fotoshoot pengantin kat Jeti Pulau Aman.. Bila sebut ja jeti konfem la ada laut dan air2 segala kan.. macam nak terjun.. tapi di kawal ketat oleh Umi, Abah dan Cik Una.. memang best bila tgk air nih.. owh di tambah plak Qaireen tgk ada orang main air.. Qaireen nak jugakkk..tapi meronta2 pun takkan lepas punyaaa...strictly No.. owh dengan angin kencang memang heaven lah.. harus lah fotoshoot Qaireen dulu dengan rambut diterbangkan angin..

feeling ala-ala model u... :)

bergayut dengan umi sambil menghayati heaven angin laut...

rambut yang tak berapa nak ada di terbangkan angin..

kalau dengan Abah mesti la kena dukung..sambil peace x jadi..

Inilah pengantin baru yang fotoshoot tuh.. memang nampak enjoy ja diorang nih..and very sporting.. :) Semoga berbahagia dan cepat2 dapat anak..

Dan ceritanya tidak sampai di sini sahaja.. nak di jadikan cerita, tgh Abah memfotoshoot penganten ini, tangan Qaireen ter'twist' .. sakittt...Umi pegang kuat sangat (sebab takut lari dan terterjun dalam laut) Qaireen plak cuba untuk melepaskan diri.. dan jadi la tangan Qaireen terseliuh..

Tapi terpaksa tunggu Abah abis fotoshoot dulu, baru pi klinik.. dan Umi pulak terlupa kemaren adalah Hari Pekerja dan klinik tutup.. tapi tak pa.. sebab Qaireen ada satu lagi doktor.. Doktor Tok Su.. Doktor Tok Su nih la yang urut kaki Qaireen masa terseliuh .. Semalam lepas maghrib pegi kat umah dia urut..best gak dia urut.. Qaireen tak nangis pun. tapi sebelum urut kat Tok Su, Umi dah try buh minyak.. tapi ya ampun.. nangis yang amat kuat ...

Sudahnya tangan Qaireen sebelah kanan tak leh gerak.. sampai la hari nih.. (Kes trauma nak gerak la nih.. huhu) .. tgk la aksi tangan yang sakit..



menulis dengan tangan kiri...

Tapi skang walaupun tangan tak leh gerak tapi ada satu lg tangan kan? hihi.. masih bley berlari2 dan membuat aktiviti seperti biasa...

Umi : "Anak oh Anak, walau sakit macam mana pun aktiviti tetap berjalan"

ok daaaa..

Qaireen
by Umi

Sunday 1 May 2011

Look! What's in the Oven?

Hari tuh pi scan adik.. Umi dan Abah nak tgk adik is a girl ka boy... jeng jeng jeng....

Mengikut scan doktor, adik is a

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


GIRLLLLL.....

Yey... :) but umi wish for a baby boy.. sepasang.. tapi girl pun ok juga kan Umi? Bley main masak2 dengan kakak nanti..but remember jangan rebut tv kakak tau... hihihih (Umi tak tau la cmn nak handle kalau 2 org anak ini berebut nak tgk tv.. OMG)..

Expected Due Date is 18 Jun 2011. cant wait to see u adik..

Qaireen
by Umi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...