Qaireen,
Hari nih mungkin adalah hari terakhir Qaireen menjadi anak tunggal Umi, sebab lepas nih Qaireen akan bertukar status menjadi anak pertama Umi. Kak Qaireen. Anak Umi yang paling Umi sayang dan tetap akan menjadi kesayangan Umi.
Selama 2 tahun 7 bulan 22 hari Umi menjaga Qaireen, terlalu banyak perkara yang Umi belajar. Dari seorang yang tidak tahu apa2, sehingga la Umi boleh membaca gerak geri mu. Qaireen nak panjat, Umi dah siap bagi warning awal2. Qaireen nak mengamuk, Umi siap2 bagi rasuah dan banyak lagi yang Qaireen ajar Umi. Bagi Umi semua nya penuh bermakna.
Walaupun lepas nih akan hadir Adik dalam hidup kita, Umi nak Qaireen tahun yang Qaireen tetap ada tempat yang istimewa di hati Umi dan Abah. Qaireen tetap anak manja Umi dan Abah, Qaireen tetap anak kesayangan Umi dan Abah, Qaireen menjadi pengikat cinta Umi dan Abah dan Qaireen yang pertama dalam segalanya.
Umi dan Abah harap Qaireen akan menjadi kakak yang baik, menjaga Adik, melindungi Adik setiap masa. Lepas nih dah ada kawan Qaireen nak main kan? mesti best.. tapi ingat ya.. jangan gaduh2..pening laaa...ehehe..
Adik,
Selamat datang ke keluarga ini.. Adik adalah anak umi yang kecik. Mesti yang paling manja dan paling comel. Adik juga ada tempat yang istimewa di hati Umi dan Abah.. dan juga tempat yang paling istimewa di hati Kak Qaireen. Umi tidak akan membezakan Kak Qaireen dan Adik sebab 2-2 adalah anak Umi dan Abah. Kalian adalah pengikat cinta kami berdua. Kalian lah hidup kami. Umi dan Abah akan jaga kalian berdua sebaik mungkin.
Umi tahu Adik seorang yang baik dan bertolak ansur, sebab tuh Adik kuar lambat kan..nak bagi Kak Qaireen manja puas dengan Umi dan Abah kan.. :) Lepas nih kami semua akan manjakan Adik pulak ya.. Semoga Adik akan menjadi anak dan adik yang baik untuk kami. Kami semua sayang kan Adik.
With Love From Umi and Abah
___________________________________________________________________
Hari nih due date Umi.. 18/6/2011
Tetiba agak sayu terkenangkan keadaan bila dah nak ada dua orang anak. Cmn nak handle Qaireen yang banyak kerenah.. Adakah Umi akan menjadi lebih garang? huhuh.. Harap2 tahap kegabanan Umi nih berkurang la.. Nanti ada plak yang rasa tersisih.. huhuh..
Entah la.. ada satu perasaan yang tak dapat untuk diceritakan.. 2 tahun 7 bulan bukan satu jangkamasa yang pendek bagi Umi untuk menjaga Qaireen.. walaupun Umi bukan lah ibu yang baik tapi Umi buat yang terbaik untuk keluarga Umi.. marah? konfem... jerit? konfem....pukul? ada juga...cubit? my fav.. kadang memang la sangat menyesal.. tapi Qaireen kadang memang tak dengar kalau sekadar say No.. so harus la di susuli dengan tindakan2 itu tapi bukan la sampai teruk sangat.. sekadar bagi warning ja..
Lepas nih kena banyak bersabar lagi..Kena ada pendekatan lain..yey.. Umi sayang anak-anak Umi.. aduh.. sayu sayu...
Korang ada rasa macam nih tak, masa nak deliver anak kedua..hihih.. ke Umi sorang ja? erk..its just a feeling but its not very comfortable at all.. macam sesak2 nafas pun ada nih..huhuhuh...
Apa pun, Umi happy sebab lepas nih makin ramai budak dalam umah nih.. my SIL pun nak deliver tapi bulan 10 la.. 2 babies in a year.. ehehe.. mudahan semua selamat kan..
So hari nih Umi akan ke hospital Umi tgk Adik..Konfem bila nak kuar.. Skang tak da tanda2 lagi, so kena pi check la.. Wish us all the best..
Sebelum tuh, cekiditout our latest pic.. baru amik petang td untuk kenangan..hihi :)
Three of Us.. Adik in Umi's tummy
*puji anak sendiri* wink
Sekian luahan rasa hari ini.. :)
Umi
No comments:
Post a Comment