Assalam.. semua sehat tak? alhamdulillah..
Kita sebagai hambaNya tak lekang dari ujian.. sihat pun satu ujian juga. sejauhmana kita sentiasa kita bersyukur atas segala nikmatnya. apatah lagi jika kita di timpa kesusahan. kita mestilah sentiasa beringat bahawa semuanya bergantung kepada Dia. Mintalah denganNya. Nescaya pasti di kabulkan. Ameen.
Rentetan cerita Kakak masuk wad sebab demam dan muntah (c
eritanya di sini ), Kakak telah keluar wad selepas 6 hari, akan tetapi sehari selepas itu episode muntah2 kembali lagi.. demam tidak terlalu tinggi 38.1 dan masih boleh di kntrol, agak lega sedikit. cuma muntah jer yang berlanjutan. kami cuba rawat sendiri masalah muntah2 Kakak.. tak bagi minum susu, minum air sikit2, makan bubur sikit2, semua sikit jer. tapi tiap kali makanan masuk tiap kali juga la dia muntah.. bukan muntah jer, Kakak mengadu sakit perut yang teramat sangat.sampai menangis2 pukul2 Umi okeh.. agak cemas di situ. tapi kuat kan hati juga.. sebab baru jer masuk hospital 6 hari.. takkan nak cek in lagi.. adoi la.. tapi kami ke klinik juga untuk dapatkan nasihat doktor.. DOktor kata angin. ok fione... kita bagi obat angin dan obat tahan muntah.. tapi kakak kata perut dia sakit lagi.. sepanjang22 hari kata perut sakit. dia diam time tidur jer.. kesian.. dah suh pegi berak dah.. dia kata berak abis. ehehe..i paksa juga.. u ols tau la budak2 nih.. bukan pandai nak teran bagi kuar berak .. hihih
ok.. seharian dia kata sakit.. nih apa pun tak makan lagi tau.. susu minum sikit muntah. nasi makan sesudu muntah, apa je semua muntah. so bagi jer nestum sesudu then stop then ssuap lagi.. boleh la tahan.. selesailah hari pertama.. malam dia tidur keletihan sebab banyak sgt muntah.. so i is happy la sebab ingat dia dah okeh.. sekali uolss.. bangun2 pagi ok lagi,, bagi la biskut sekeping.. tuppp.... dia kata sakit perut.. tapi masih manja2 macam tuh.. so Umi ingat dia angin.. bagi ubat angin lagi.. tapi sampai ke petang dia ngadu sakit dan sampai satu tahap rasa nak marah pulak. .dia nih betul ke tak.. sebabnya, ko dah kenapa nak? sakit perut sgt sampai pukul mak nih.. gituh la.. sakit woi.. dah ngalahkan orang beranak pulak.. tapi I is sabar... ehehehe.. cuma disituh lah feeling kuat seorang Ibu kata, there is something wrong. kalau dia angin pun takkan sampai macam nih.. so, kol abah then terus bawak dia pegi hospital (abah amin cuti, tapi kuar buat kerja sket).. jumpa Pead dia kata food poison.. so sumbat ubat bagi berak dan ubat muntah dan silalah balik.. gitu.. (nangis dalam hati dan balik dengan kecewa)...
tapi sampai ke malam langsung takde perubahan,,sakit perut, rasa nak muntah, jerit kesakitan.(time nih Abah yang jaga Umi tak larat langsung) .Mak Umi kata kalau sakit perut picit2 sket belakang kaki, yang dekat dengan ankle tuh.. ape nama tah? baru kurang sikit.. so cara tuh la Umi guna sebagai psikologi untuk hilangkan sakit Kakak.. tak tau nak buat apa dah.. then dia tidur.. tapi dah nampak pucat lesu jer sebab tak makan 2 hari.. lembik jer.. tapi sampai tgh malam dia muntah lagi sekali, terus kol Pead bagitau yang Qaireen tak de perubahan after 2 times makan ubat and still tak makan apa.. so dia suh admit untuk masuk air.. 2nd day takde air hampir2 dehydrate la..
Doktor still kate angin sebab bila dia tekan perut Kakak tak rasa sakit.. so Doc pun konfius.. tapi dia suh juga amik sample stool.. yeah.. masa tuh la kita tahu rupanya Kakak kena Rotavirus.. wah.. ingatkan baby jer kena.. rupanya dah besar pun leh kena.. dan orang besar pun leh kena rotavirus nih. cuma mungkin kita masih boleh lawan sebab kalau kita muntah kita masih boleh paksa diri minum sikit.. kalau nak manja2 juga tanak minum macam budak2.. tampar laju2 muka sendiri la ye.. biar sedar sikit.. ehehe..
#Out Of Topic
Penah tgk citer Grey Anatomy, yang si Grey ni sakit perut muntah2 , sampai kena masuk air sendiri, dia kata stomach flu. yang nih la kot kan? ehehe..
Sedikit info pasal Rotavirus..
Rotavirus adalah virus yg paling mudah menular atau berjangkit. Rotavirus kekal aktif pada kulit manusia selama 4 jam. Virus ini dpt bertahan pada permukaan yg keras (contohnya meja, lantai, dll) selama 10 hari. Hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus dlm peringkat usia menjangkau 5 tahun. Jangkitan berulang boleh berlaku, tetapi kurang teruknya pada kali kedua atau ketiga.
Hendaklah diketahui bagi bayi yg diberi susu ibu, kurang dijangkiti. Anak-anak yg diletakkan
di tempat jagaan sepenuh masa juga terdedah kepada jangkitan. Jika anak anda dijangkiti,
lakukan yg terbaik utk menjauhkannya dari kanak-kanak yg lain
so kalau lepas nih muntah2 lagi ada kemungkinan rotavirus, tapi statement tuh kata kurang teruk so lega lagi sekali.. :)
Sekali lagi, disebabkan rotavirus nih adalah virus jadi antibiotik tidak diperlukan.
Cara rawatan ( Sumber dari blog. tapi tak tau blog address sebab husband yang cari. Mohon copy yer tuan punya info. kalau terbaca sila bagitau. nanti sy kreditkan. Maaf . TQ)
Untuk merawat Rotavirus Tahap 1, elakkan memberi anak sebarang makanan ataupun cecair kerana pada masa ini perut anak adalah lembut dan apa sahaja makanan yang di makan akan dibuang keluar. Biarkan episod muntah2 berlalu. Dapatkan nasihat doktor jika muntah2 berlanjutan selama 12 kepada kanak 1-3 tahun. Rotavirus adalah merbahaya kepada kanak-kanak yang masi kecil.
Anak akan berasa letih dan lemah jika dijangkiti rotavirus. Biarkan mereka berehat dan yang paling penting sentiasa mengamalkan kebersihatn. Basuh segera pakaian atau tuala yang terkena muntah atau najis untuk mengurangkan virus dari merebak.
Susu Ibu adalah yang terbaik jika anak masih menyusu. Untuk kanak2 lain, mungkin ada boleh cadangkan Pedialyte iaitu sejenis minumam electrolyte yang boleh didapati di farmasi. Masalah yang mungkin di hadapi ialah rasanya yang kurang digemari.
Cecair yang tidak harus diberikan untuk merawat rotavirus ialah jus epal, ceri dan pear.
Bila muntah telah berkurangan ke 2-4 kali sehari , anda boleh memberikan makan kepada anak anda. Kita sekarang berada di Tahap 3 merawat rotavirus.
Fokus kita adalah unutk meberikan tenaga kepada anak. Jangan terlalu ghairah untuk memberi anak makan dengan banyak kerana ini akan memberi kejutan kepada perut anak anda. Berikan makanan dengn kuantiti yang sedikit seperti roti bakar kosong ataupun biskut.
Jika anak muntah lagi kembali kepada tahap 2. Jangan panik :)
Anak akan kelihatan sembuh selepas 3-4 hari, tetapi episod muntah-2 mungkin akan kembali. Jangkitan ini akan berlarutan selama 6-10 hari.
Kenalpasti dimana tahap anak anda sedang berada dan rawatlah sepatutnya.
Kakak dah 6 hari jangkitan, hari nih dah makan banyak. Alhamdulillah. Mungkin semakin musnah virus itu... ehehe.. Kita doakan yang terbaik..
Cerita pasal kakak je? Owh tidak.. kalau kakak kena rotavirus.. Qisya pulak kena campak halus (measles) ..*senyum*.. ingat senang jadi mak? ... nanti sambung entry lain ye..
Salam.. :)
Umi Q n Q..
.